Selasa, 20 Oktober 2009

kenapa saya suka bola?

saya sukamain bola kerana boala dapat meyehatkan badan dan juga itu adalah kegemaran saya .

Sabtu, 17 Oktober 2009

saya sangat gembira kerana saya menghias blog

Portugal masih ada peluang ke Piala Dunia


Friday, 16 October 2009
Portugal kembali menghidupkan peluang mereka untuk bermain dalam Piala Dunia namun perlu melalui perlawanan penentuan bagi mengisi baki slot yang masih ada.

Ketiadaan Cristiano Ronaldoyang cedera selama sebulan tidak mematahkan semangat Portugal bagi membelasah Malta 4-0. Nani, Simao, Miguel dan Edinho telah menjadi senarai penjaring bagi mengembailkan semula harapan seluruh rakyat Portugal.

Slovakia pula membuat kejutan dengan melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama dengan mengenepikan Poland. Sementara Switzerland turut tidak ketinggalan untuk menjadi wakil Eropah bagi membawa cabaran di Piala Dunia tahun depan.-Bolasepak.com

Chelsea harap kekal carta

Chelsea harap kekal carta




LONDON: Seminggu dipenuhi drama pusingan kelayakan Piala Dunia pasti memberikan kesan kepada saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris minggu ini ketika Chelsea menuju ke Aston Villa dengan harapan mengekalkan pendahuluan mereka ke atas Manchester United di tangga teratas liga.

Kecederaan yang dipungut ketika tugasan antarabangsa mengancam untuk menghalang aksi pemain seperti penyerang United, Wayne Rooney dan kapten Liverpool, Steven Gerrard manakala semua 20 pengurus liga akan berdepan dengan emosi yang dialami pemain yang mengecapi kegembiraan dan kekecewaan Piala Dunia.

Barcelona, Real Madrid hadapi saingan hebat

Pertarungan Liga Sepanyol dijangka menarik minggu ini

MADRID: Rekod sempurna Barcelona dengan sejumlah 18 mata daripada enam perlawanan bola sepak Liga Sepanyol terancam hari ini apabila juara bertahan itu berkunjung ke Valencia dalam jadual paling sukar mereka setakat ini.

Real Madrid berdepan tugasan lebih mudah dengan perlawanan tempat sendiri menentang Valladolid tetapi perlu sekali lagi melakukannya tanpa kelibat Cristiano Ronaldo selepas cedera di pergelangan kakinya bertambah buruk ketika tugasan antarabangsa bersama Portugal.



Valencia tampak akan turun tanpa bintang penyerang, David Villa - yang cuba dibeli Barcelona musim panas lalu - disebabkan kecederaan paha tetapi masih mempunyai serangan berbisa untuk merobek Barcelona menerusi pemain antarabangsa Sepanyol, Juan Mata dan David Silva.

"Kami mungkin membawa pemain simpanan untuk melindungi kecederaan tetapi kami tidak boleh merungut mengenai kecederaan kepada Villa, (Carlos) Marchena atau pemain lain," kata pemain tengah veteran, Ruben Baraja.

Barcelona menyamakan permulaan terbaik mereka dalam liga dengan enam kemenangan dan berharap untuk melakarkan rekod kelab dengan mencatatkan kemenangan ketujuh berturut-turut di Stadium Mestalla.

Madrid, yang menanti kunjungan Valladolid, tersungkur kepada kekalahan pertamanya musim ini - 2-1 kepada Sevilla - kali terakhir mereka turun dan kadang-kala media tempatan agak berlebih-lebihan untuk menyumbangkan kekalahan itu kepada ketiadaan Ronaldo dengan mendakwa Real mengalami kesan daripada "terlalu bergantung kepada Ronaldo." - AFP

SUKAN Liverpool tidak boleh buat silap: Benitez

SUNDERLAND: Liverpool memulakan minggu kritikal di Sunderland hari ini dengan pengetahuan bahawa mereka harus kembali di atas landasan kemenangan menjelang perlawanan penting di Anfield.

Selepas melihat pasukannya tewas pada perlawanan terakhirnya dalam Liga Perdana di tangan Chelsea, pengurus Rafael Benitez tahu pemainnya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan di Stadium of Light jika mereka ingin kekal dalam pemburuan kejuaraan.

Liverpool sudahpun mendapati diri mereka ketinggalan enam mata daripada pendahulu, selepas kalah tiga perlawanan daripada lapan perlawanan pembukaannya, dan akan menanti kunjungan juara bertahan Manchester United minggu depan.



Terletak di tengah-tengah pertemuan antara Sunderland dan United ialah perlawanan tempat sendiri Liga Juara-Juara menentang Lyon, Selasa ini, pertemuan di mana skuad Benitez tidak boleh menanggung kekalahan selepas dikejutkan Fiorentina dalam aksi terakhir mereka di peringkat Eropah.

Ia tempoh penting perlawanan buat Benitez dan pengurus Liverpool itu mungkin terpaksa turun tanpa kaptennya, Steven Gerrard untuk sekurang-kurangnya dalam permainan pertama daripada tiga perlawanan itu.

Pemain tengah berpengaruh itu terpaksa menarik diri daripada skuad England bagi perlawanan menentang Belarus, kelmarin disebabkan kecederaan. - AFP

Kedah tersungkur

Wednesday, 14 October 2009
Juara bertahan Piala Malaysia dua musim berturut-turut, Kedah terpaksa akur setelah mereka tersingkir daripada saingan kejohanan itu.

Walaupun Kedah berjaya menewaskan Pulau Pinang 4-0 malam semalam, namun mereka hanya mampu mengutip 10 mata di belakang Kelantan yang berjaya mengumpul 15 mata. Tiga pasukan terbaik daripada naib juara lima kumpulan akan dipilih dan ianya menjadi milik Perlis, Terengganu dan Kuala Muda Naza.

Lapan pasukan yang akan bermain dalam saingan suku akhir ialah KL Plus, Negeri Sembilan, Johor FC, Selangor, Kelantan, Perlis, Terengganu dan KM Naza. –Bolasepak.com