Sabtu, 17 Oktober 2009

SUKAN Liverpool tidak boleh buat silap: Benitez

SUNDERLAND: Liverpool memulakan minggu kritikal di Sunderland hari ini dengan pengetahuan bahawa mereka harus kembali di atas landasan kemenangan menjelang perlawanan penting di Anfield.

Selepas melihat pasukannya tewas pada perlawanan terakhirnya dalam Liga Perdana di tangan Chelsea, pengurus Rafael Benitez tahu pemainnya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan di Stadium of Light jika mereka ingin kekal dalam pemburuan kejuaraan.

Liverpool sudahpun mendapati diri mereka ketinggalan enam mata daripada pendahulu, selepas kalah tiga perlawanan daripada lapan perlawanan pembukaannya, dan akan menanti kunjungan juara bertahan Manchester United minggu depan.



Terletak di tengah-tengah pertemuan antara Sunderland dan United ialah perlawanan tempat sendiri Liga Juara-Juara menentang Lyon, Selasa ini, pertemuan di mana skuad Benitez tidak boleh menanggung kekalahan selepas dikejutkan Fiorentina dalam aksi terakhir mereka di peringkat Eropah.

Ia tempoh penting perlawanan buat Benitez dan pengurus Liverpool itu mungkin terpaksa turun tanpa kaptennya, Steven Gerrard untuk sekurang-kurangnya dalam permainan pertama daripada tiga perlawanan itu.

Pemain tengah berpengaruh itu terpaksa menarik diri daripada skuad England bagi perlawanan menentang Belarus, kelmarin disebabkan kecederaan. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan